Use your ← → (arrow) keys to browse
La Grande Classique de Longines, 29 MM, Longines
Merupakan simbol keanggunan klasik lagi abadi kreasi Longines, himpunan La Grande Classique de Longines pertama kali menemui pasaran pada tahun 1992 lalu menjalin reputasi buat rumah arloji ini. Barisan profilnya digarap bersusuk rekaan langsing tipis juga dilapisi pelbagai kemasan serta rincian. Dibuat dari keluli, model terbarunya tampil berlamankan dail mother-of-pearl putih yang disempurnakan dengan indeks masa bertatahkan 12 butir berlian. Jam 29 MM ini ditenagai bateri; lantas bagi melengkapkan seri penampilan klasiknya, jam dipadankan dengan tali kulit putih memberi kontras susuk case bulatnya.