Use your ← → (arrow) keys to browse
Seamaster Planet Ocean “Tokyo 2020” Edisi Terhad, 39.5 MM, Omega
Terhad kepada 2,020 utas, arloji Seamaster Planet Ocean 600m Co-Axial Master Chronometer 39.5 MM ini menjulang peranan Omega sebagai penjaga masa rasmi sukan Olimpik Tokyo 2020. Berangka material keluli tahan karat, susuk rekaan eksklusifnya merangkumi dail seramik putih digilap dan paparan dot merah pada jarum saat yang mewakili bendera Jepun. Diolah sama bezel seramik putih dengan skala menyelam disuntik Liquidmetal™ dan nombor 20 tampil dalam rona seramik merah. Jam disempurnakan bertali kulit putih, turut menampilkan caseback kristal nilam dengan logo Tokyo 2020 rona biru dan terlihat sama paparan Omega Master Chronometer Calibre 8800 di dalamnya.