Use your ← → (arrow) keys to browse
Aquaracer Professional 300, 36 MM, Tag Heuer
Generasi terbaru Aquaracer ciptaan Tag Heuer merangkumi empat pilihan dalam saiz 40 MM, tiga dalam saiz 36 MM, dan satu edisi terhad bersaiz 43 MM yang mendakap susuk rekaan jam penyelam vintaj Heuer pada tahun 1978. Kesemuanya tampil bernadi automatik Calibre 5 buatan Tag Heuer. Selain menawarkan reka bentuk dail yang lebih jelas dan ringkas, barisan model terbaru ini juga memperlihatkan konstruksi indeks masa yang baru dan tingkap tarikhnya dipindahkan ke posisi jam enam lalu ditutupi kanta pembesar berbentuk bulat. Model bersaiz 36 MM turut diolah rincian ukiran corak berombak pada segenap laman dail berlapis lakuer.