Putih Itu Suci - Glam Malaysia
Putih Itu Suci 01

Putih Itu Suci

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

BAIK DIPERKEMAS RINCIAN BERGAYA SUKAN MAHUPUN TAMPIL LEBIH RELAKS. NADA POLOS PUTIH SENANTIASA BERBISIK KEPADA WANITA. CHIC, CRISP AND CHARISMATIC. ENERGI POSITIF RONANYA TERBIAS TENANG, MENGENAKAN JAM TANGAN DARI NUANSA PUTIH BISA MEMAKSIMALKAN PENAMPILAN ANDA.

PENGARANG ARLOJI ZUHAIRIE SAHROM GRAFIK AMIRUL ARIFIN

Putih Itu Suci 01

Aquanaut Luce 5267/200A, 38.8 MM, Patek Philippe

Sejak dilancarkan pada tahun 2004, himpunan Aquanaut Luce buat wanita yang diperbuat dari keluli ref. 5067 sudah muncul dalam pelbagai rona. Antaranya, hitam, coklat, putih mutiara dan kelabu-biru. Mendakap nada sporty chic moden, Patek Philippe tampil memperkenalkan rangka case yang lebih besar dengan 38.8 MM; Sebelumnya model flagship ini hanya berdiameter 35.6 MM. Selain itu, model Aquanaut Luce ref. 5267/200A-010 tampil disempurnakan dengan tali bersepadu yang konturnya dibayangi susuk lengkungan case dan cuping jam. Bezel bertatahkan berlian dan hiasan timbul Aquanaut pada laman dail membiaskan keanggunannya yang cukup menawan.