Longines DolceVita Serlahkan Keanggunan dan Glam - Glam Malaysia

Longines DolceVita Serlahkan Keanggunan dan Glam

Tiga wanita jelita melarikan diri dari sorotan kamera paparazzi di kota Rome, Itali. Mereka mahu menikmati petang itu tanpa gangguan sesiapa. Sesekali mereka mengerling jam tangan dipergelanggan tangan. Masing-masing akhirnya bertemu di suatu destinasi tepat pada waktunya.

 

Foto: Longines

Pelakon Kate Winslet, Aishwarya Rai dan Chi Ling Lin masing-masing menyarung Longines DolceVita kombinasi keluli dan emas ros. Ternyata dua material ini disatukan untuk melahirkan rekaan jam tangan mempesona, lebih anggun dan glamor.

 

Koleksi Longines DolceVita ini memenuhi kejayaan global yang meluas sejak dilancarkan. Pasti tidak menghampakan kerana rekaan baharu ini mampu menawan hati wanita terutama kamu yang biasa menjalani gaya hidup elegan.

 

Aishwarya Rai
Foto: Longines

Dolce Vita sendiri dari Bahasa Itali memberi makna kehidupan mewah, manja diri dan keseronokan tiada batasan. Ringkas kata Dolce Vita berinspirasi gaya hidup “sweet life” yang lebih ringkas namun menyeronokkan.

 

Hari ini, Longines memperkenalkan kelainan rekaan menggunakan keluli dan emas yang semestinya mengekalkan ciri feminin dan glamor. Rose gold crown padu dan sentuhan merah jambu pada dail sepadan dengan tali jam rose gold dan keluli.

See also
LIVE STREAMING: BURBERRY A/W 2015 DARI LONDON

 

Chi Ling Lin
Foto: Longines

Dengan kesenian baharu, model jam tangan ini mengujakan wanita untuk memakainya. Kamu pasti lebih gembira menjadikan ia sebagai salah satu aksesori diri yang mencerminkan imejan peribadi.

 

Koleksi Longines DolceVita turut boleh dimiliki dalam versi set berlian. Model ini memiliki empat saiz dan house a quartz movement. Warna perak “flinque” dail dihiasi dengan Roman numerals dan black lacquered atau dail putih mother-of-pearl untuk serlahkan lagi diamond indexes. All featuring a rose gold hourglass. Menawan bukan?

 

Kate Winslet
Foto: Longines