Use your ← → (arrow) keys to browse
Piaget Altiplano Rabbit
Kehadiran sepasang imej arnab comel menghiasi laman dail arloji Piaget Altiplano Rabbit. Terlaksana dari ketukangan seni enamel purba Grand Feu Cloisonné hasil olahan air tangan master enamel Anita Porchet.
Refleksi mamalia ini tampil seakan hidup lantas dibingkaikan dalam rangka sarung emas putih yang bertatahkan butiran berlian melingkari sekeliling bezel. Arloji indah ini dikuasakan kaliber 430P ultra nipis yang hadir terhad kepada 38 unit.