Use your ← → (arrow) keys to browse
Dior Grand Soir Year of the Rabbit
Berlanjutan kehadiran arloji edisi terhad Grand Soir edisi Harimau pada tahun lalu; Dior Timepieces tampil meraikan kalendar lunar tahun 2023 ini dengan ciptaan dramatis yang menampilkan ketukangan perincian laman dail Métiers d’Art. Dior Grand Soir Year of the Rabbit dipersembahkan dalam edisi terhad bersiri 88 unit, yang juga mengusulkan tuah dalam numerologi Cina.
Berdiameter 36mm, jam diperbuat daripada kombinasi keluli dan emas lalu dihiasi butiran berlian bezel disekelilingnya. Laman dailnya pula diolah dari mother-of-pearl serta batu aventurine yang memaparkan imej ukiran arnab diiringi oleh pepatung yang membingkis simbol keberuntungan abadi.