5 Jam Tangan Mengagungkan Tahun Arnab
Jam Tangan Tahun Arnab

5 Jam Tangan Mengagungkan Tahun Arnab

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tahun baharu menyingkap perkhabaran arloji baharu. Lantas, mengusungkan penciptaan jam tangan Tahun Arnab terjemahan visi artistik masa dalam meraikan Tahun Baru Cina. Mengikut kalendar lunar kaum Cina, kitaran edisi tahun ini mempresentasikan tahun arnab yang berunsurkan air. Lantas mendukung lambang keamanan, kemakmuran juga panjang usia.

pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM foto CHOPARD, DIOR, TAG HEUER, PIAGET & VACHERON CONSTANTIN

 Dikonstruksi daripada material berharga, paparan motif arnab membiaskan fantasi eksentrik dalam mengimbangi kemegahan perincian ketukangan setiap kreasi hebat ini. Lihat 5 Jam Tangan Tahun Arnab yang bakal melengkapi persalinan saat menyambut Tahun Baru Cina nanti!

Tag Heuer Carrera Year of the Rabbit

Jam Tangan Tahun Arnab

Tampil terhad kepada 500 utas, rangka sarung jam keluli berdiameter 44mm ini menampilkan rincian berjalur kontras distingtif yang meliputi segenap laman dailnya. Tag Heuer Carrera Year Of The Rabbit ditenagai kaliber Calibre Heuer 02 nadi automatik, paparan jarum dan indeks masa berlapis emas merah disuntik aksen rona merah dipadankan dengan kehadiran arnab yang menghiasi pada kristal nilam di bahagian belakang jam.

See also
5 Jam Tangan Merah Jambu Terbaik