Use your ← → (arrow) keys to browse
Dipersembahkan buat julung kalinya pada tahun 1999, Twenty~4 merupakan barisan Patek Philippe pertama yang dikhaskan buat wanita. Ia dilestarikan untuk menemani kehidupan wanita moden lagi aktif berbalas nada gaya yang sofistaked. Sebagai model ‘manchette’ ketiga ditenagai bateri merangkap wajah baru Twenty~4, Ref. 4910/1201R-001hadir dengan kerangka case emas 18K dengan perincian laman dail corak sunburst rona coklat. Keperibadiannya mendakap kehangatan sensasi feminin yang halus.
Pada sisi kelongsong jam segi empat tepat ini membariskan total 34 butir berlian Wesselton berpotongan brilliant. Lalu menetapkan standard tertinggi seni ketukangan arloji ilham jauhari. Di samping itu, perincian dail memaparkan angka Arab yang dimadukan bersama penanda masa berbentuk trapeze; selain tampil dengan jarum ala baton dilapisi emas merah dan disuntik cat kilau. Crown dihiasi dengan simbol Calatrava, yakni lambang rumah arloji Patek Philippe.