Use your ← → (arrow) keys to browse
Menggabungkan nada geometri dan keluk lembut yang halus, koleksi Longines DolceVitadicirikan oleh kelongsong atau case segi empat tepat yang diilhami oleh model tahun 1920-an. Diperbuat dari keluli lalu diperkemas dengan berlian yang melingkari pada sisi case. Model berdiameter 23.00 x 37.00 mm ini memaparkan laman dail perak berukiran teknik flinqué. Dikelilingi indeks masa Roman nan dramatis, jarum jam dan minit diperkemas dari keluli rona biru. Jam berkuasa kuarza ini disempurnakan dengan tali kulit putih yang boleh ditukar ganti.