Use your ← → (arrow) keys to browse
Tahun ini, Cape Cod kreasi Hermès sekali lagi diberi nafas baru. Menyatukan kontras dan keharmonian antara kilauan butiran berlian dan batu obsidian yang merupakan batu vulkanik rona kelabu. Cape Cod Chaîne d’ancretampil dalam case emas merah bertatahkan 233 jumlah butir belian pada bingkai juga pada laman dail yang dilapisi batu obsidian. Disempurnakan dengan tali kulit buaya gaya single atau double-tour yang dibuat di bengkel Hermès Horloger; Cape Cod Chaîne d’ancre terbaru ini memaparkan jarum jam dan minit yang runcing berlapis rodium.