Use your ← → (arrow) keys to browse
Menyingkap sejarah konstruksi rangka jam ikonik ini, Louis Cartier menciptakan model Tank pada tahun 1917. Kala itu terus menjadi prominen dalam himpunan Cartier. Setelah lebih dari satu abad, ia diterjemahkan semula dengan memfokuskan ketulusan sentimen pada reka bentuknya. Menggabungkan dua ikon Maison yakni Tank dan Must.
Tank, membayangi kepentingan, dan di sisi lain, Must, nama yang diabadikan di Cartier pada tahun 1970-an. Lantas meninjau semula nadi kemewahan klasik. Sama ada, ditenagai nadi automatik 1847 MC atau berkuasa kuarza, Must Tankterbaru tampil dengan gelang keluli yang boleh ditukar ganti. Di samping itu, kesemua modelnya dihiasi batu sintetik spinel biru pada crown.