Use your ← → (arrow) keys to browse
Melengkapi persalinan gaun malam hitam mahupun ceraian santai, berkemeja putih dan jeans. Jam tangan bersusuk segi empat tepat beradun serasi dalam apa jua gaya. Ayuh lihat jam tangan berangka langsing lagi elegan yang terkini dalam lapangan arloji!
Jam tangan tampil dalam pelbagai konstruksi serta saiz. Dari bersusuk rekaan bulat, bujur, oktagon, tonneau, segi empat tepat atau sama. Juga terkadang diperlihatkan dalam kerangka yang tidak tertakrif seperti barisan arloji kreasi MB&F misalnya. Tidak seperti jam tangan berbentuk bulat yang konvensional, jam tangan segi empat tepat mempamerkan siluet klasik yang lebih runcing. Di samping itu, masih mengekalkan karakternya yang elegan. Bahkan, kekal sepanjang zaman; tersimpan kemas dalam kotak aksesori menunggu saat diturunkan buat cucu cicit.
Susuk kontruksinya yang runcing lagi langsing dilihat terletak kemas pada tulang kapus. Tidak terlalu besar atau tampak ekstra, sekali pun perinciannya berbalas dramatis bertatahkan butiran berlian melingkari segenap bezel. Paling utamanya, kerangka jam tangan segi empat tepat ini beradun serasi dengan gerobok pakaian. Lantas, ada diantaranya diperlihatkan bersifat gender neutral. Maka, pasangan anda juga boleh memakainya. Versatil bukan?