Use your ← → (arrow) keys to browse
Cincin Mewah Koleksi Piaget Possesion
Lebih indah sebenarnya merai cinta dengan Possesion. Sudah sedia tercipta oleh jenama ini semenjak tahun 1990 lagi dan kini menjadi antara koleksi signatur mereka. Menariknya tentang koleksi Possesion, ia menghadirkan rekaan yang melibatkan elemen bentuk, pergerakan serta pusingan.
Bahagian tengah cincin ini dicipta mampu pusing dan secara tidak langsung membuatkan si pemakai rasa teruja dengan keunikan reka bentuk barang hiasan ini. Begitu terperinci sekali, ianya bukanlah sekadar cincin biasa disarung pada jari, ia juga melibatkan pergerakan. Simple juga sofistikated dalam pada masa yang sama.