Use your ← → (arrow) keys to browse
Perhiasan mewah Piaget menjadi pilihan Kong Hyo Jin dan Kevin Oh sebagai tanda ikatan cinta abadi mereka.
Baru-baru ini pelakon wanita Korea Selatan, Kong Hyo Jin, berkongsi khabar gembira tentang perkahwinannya bersama jejaka tercinta yang juga merupakan penyanyi popular, Kevin Oh. Memilih kota New York sebagai lokasi perkahwinan mereka, segalanya berjalan lancar. Walaupun tidak memuat naik foto yang banyak, namun satu foto yang dikongsi Hyo Jin amat menarik minat semua peminatnya di serata dunia.
Seperti yang semua sedia maklum, Kong Hyo Jin merupakan wajah kepada jenama fesyen Piaget. Tidak mustahil memperlihatkan koleksi Piaget melengkapkan jari manis sebagai pengikat tanda cita mereka berdua. Turut kelihatan, pasangan ini menggayakan jam tangan Polo Piaget indah berwarna hijau juga perak.