Membentangkan karya terbaru yang direka khusus untuk golongan Adam, Chanel mempersembahkan La Montre De Chanel yang mana titik permulaannya berteraskan keinginan, keharmonian penglihatan dan keindahan sebuah lukisan.
Karya agung yang pertama ini seolah-olah hadir di dalam mimpi. Maka perlaksanaannya direka hebat dari segi pergerakan juga susuk rekaan case yang sleek. Di Chanel setiap nukilannya bergaul mesra dengan keinginan yang dizahirkan dengan sebuah penciptaan unggul.
Antara kuasa dan kebijaksanaan, Monsieur de Chanel diperbuat daripada kaliber 1, yakni pembuatan pergerakan jam tangan pertama hasil para artisan arloji Chanel sendiri. Pilihan dwi-komplikasi dengan paparan jam digital menerusi kotak arloji melampaui ketukangan Chanel sendiri di dalam meluahkan wawasan unik jam tangan bersulam rasa maskulin.