Horologi GLAM: Selam Bebas - Glam Malaysia

Horologi GLAM: Selam Bebas

Asyiknya melihat alunan ombak menderu memukul pantai. Berendam mahupun menyelam ke dasar laut, liburan di pantai tidak lengkap jika tidak menggayakan jam tangan kalis air lagi tahan lasak.

 

  1. HUBLOT

 

hublot

 

Big Bang Porto Servo sesuai digayakan kala bersantai di kafe terus melihat matahari terbenam. Material case digarap dalam gabungan seramik, titanium dan emas merah 18 karat lalu ditampilkan bersama kilauan berlian pada bezel. Jarum penunjuk, indeks masa dan tetingkap kronograf juga digarap dalam kemasan emas merah sekali gus memperlihatkan susuk rekaan yang cukup feminin berbalas rona putih klasik. Kalis air sedalam 100 meter, jam boleh dibawa berenang dan aktiviti snorkeling di pinggiran yang cetek
 
2. ULYSSE NARDIN
 
ulysse

 

Lady Marine Diver Starry Night dipersembahkan dengan adunan cita rasa feminin. Bersaiz 40 mm, case diperbuat daripada keluli tahan karat dengan bekas jam tangan transparen dari belakang. Bezel keluli bersadur enamel lantas ditetapkan dengan 12 butir berlian bertindak sebagai penanda waktu. Berpaksikan pergerakan automatik dengan rizab kuasa 42 jam, dail diperindah dengan taburan berlian seperti malam dipenuhi bintang. Kalis air sedalam 100 meter.
 
3. TAG HEUER
 
tag

See also
Raysha Rizrose Meraikan Baby Shower Sambutan Kasih Si Kecil Yang Bakal Tiba

 

Siri Aquaracer terbaru dipertontonkan cukup minimalis dan tentunya tahan lasak! Aquaracer 300M Chronograph diperbuat daripada keluli tahan karat yang halus pembuatannya. Jam bersaiz 43 mm ini punya fungsi kronograf beradun pergerakan kuarza terus bezel diperkemas dalam kemasan aluminium. Dail diolah dalam material seramik rona hitam dan kalis air sedalam 300 meter.
 
4. OMEGA
 
Untitled Session1558(1)

 

Memberi penghormatan kepada sensasi menyelam di lautan dalam dan legasi maritim, Seamaster Planet Ocean 600M Master Chronometer GMT ditampilkan dalam saiz 43.5 mm. Kalis air sedalam 600 meter, dicipta sama injap bagi mengeluarkan gas helium yang masuk ke dalam jam. Berkaliber 8906 yang berpusat di tengah-tengah jam tangan dapat dilihat menerusi belakang case yang telus. Jam diperkemas dengan tali kulit beradun lapisan getah untuk pemakaian lasak begitu juga dengan permukaan jam yang diperbuat daripada kristal nilam anti-calar