Horologi GLAM: Age of Opulence - Glam Malaysia

Horologi GLAM: Age of Opulence

Teks & Penyelaras ZUHAIRIE SAHROM

Arahan Seni AMIRUL ARIFIN

Gambar KEENKY YONG
 
Dalam mimpi ia ditakrifkan sebagai penunjuk destinasi maka jam tangan ini punya keupayaan untuk bergerak lebih bebas membawa evolusi terkini ke tahap yang lebih tinggi. Membawa erti kebenaran, kepantasan dan keringanan, bulu pelepah menjadi tajuk bicara horologi kali ini.
 
1 background & body(1)3

Montblanc
Menebarkan kemewahan menerusi koleksi Bohème Jewellery, Montblac menggabungkan pembuatan jam tangan bersama sentuhan reka bentuk feminin yang tersendiri. Dikuasakan oleh pergerakan automatik, terlihat jelas dari case kristal nilam dari belakang yang membias ketukangan jam yang halus terperinci. Jam diperbuat daripada emas merah 18 karat lalu berpusatkan dail mother-of-pearl yang berselimutkan butiran intan berlian.
 
3body(1)3

Rolex
Dipersembahkan dalam emas kuning 18 karat, Rolex membawakan garapan terbaru Oyster Perpetual Lady-Datejust 28. Berpaksikan pergerakan automatik, bezel diselimuti butiran berlian langsung dail rona kundang lembut ditampilkan bagi menaikkan lagi seri jam ikonik ini
 
4 body(1)3

See also
Mengadun Seni Bersama Teknologi

Omega
Jam tangan klasik lagi teguh sejarah pembuatannya ini memberi penghormatan buat warisan maritim Omega dengan mempertontonkan koleksi Seamaster Aqua Terra 150M. Koleksi ini tentunya memuja hati setiap wanita kerana ia berhembus segar dalam pelbagai olahan material, saiz dan rona. Dilengkapi dengan salah satu gerakan mekanikal yang paling maju, dail mother-of-pearl Tahiti ini berbalas kemewahan dengan berlian yang bertindak sebagai indeks masa. Case dan tali jam daripada keluli tahan karat.
 
2body(1)3

Richard Mille
Lihat sahaja permukaan dail jam, ia diperbuat cukup terperinci lagi mewah. RM 037 hadir dalam kemasan emas putih lantas berselimutkan butiran berlian pada bezel jamnya. Menggunakan indeks romawi, jam dikuasakan oleh pergerakan automatik.