Use your ← → (arrow) keys to browse
LONGINES
Berpaksikan mekanikal automatik, himpunan terbaru longines master collection dipertontonkan megah sewaktu di baselworld 2016. Nukilan ini hadir dalam paduan emas dan keluli bersaiz 25.50 mm, sempurna sekali buat wanita yang inginkan jam tangan dalam saiz yang kecil sambil digayakan sekali dengan himpunan gelang buat pelengkap gaya. Indeks masa digarap dalam 12 butiran berlian potongan sempurna bersama tetingkap tarikh ditampilkan pada jam tiga.