GLAM Horologi: Sentuhan Midas - Page 3 of 4 - Glam Malaysia

GLAM Horologi: Sentuhan Midas

Megah bersalut emas, pada dail mahupun talinya, jam tangan mewah sebegini menjadi dambaan wanita yang mengidamkan aura glamor tersendiri.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
OMEGA

Himpunan klasik seamaster memperkenalkan nukilan terbaru dengan aqua terra 150 m omega master co-axial untuk wanita yang dahagakan jam tangan bernafaskan gaya hidup aktif. Digarap bergaya dengan dail bersulamkan mother-of-pearl bersama 11 indeks masa dalam tetapan butiran berlian. Emas kuning 18 karat memperindah susuk rekaannya langsung berpaksikan pergerakan mekanikal paling maju pernah dicitrakan jenama ini. Yakni kaliber 8500, di mana ia dapat menahan medan magnet yang kuat.