Fenomena Supernova Dalam Bentuk BR S Novarosa

Fesyen, GLAM Horologi

Fenomena Supernova Dalam Bentuk BR S Novarosa

1585

Kemewahan Novarosa Memenuhi Impian Wanita

 

Antara aksesori yang sukar dipadankan golongan wanita dalam mencari stail mereka tersendiri adalah jam tangan. Tampak mudah namun jikalau tidak kena pada gayanya it can ruin your look atau kamu boleh menjadi bintang yang bersinar dengan jam tangan yang betul.

 

Berinspirasikan rona merah jambu menawan daripada fenomena supernova, Bell & Ross telah menghasilkan BR S Novarosa yang penuh glamor dan menawan.

 

Sebagai kesinambungan kepada BR S Diamond Eagle, Novarosa meneruskan usaha Bell & Ross dalam membantu wanita mengecapi bintang di alam semesta dengan tiga jam tangan yang menawan untuk koleksi ini.

 

Koleksi BR S Novarosa yang ibarat hasil karya seni ini juga mengolah semula model ikonik Bell & Ross dengan menampilkan ciri-ciri yang diidamkan wanita moden.

 
[envira-gallery id=”67747″]

Koleksi Novarosa ini juga memberikan 3 rangkaian pilihan untuk wanita menggayakan ikut citarasa mereka: BR S Novarosa Full Diamonds, BR S Novarosa Diamonds, dan BR S Novarosa. Pilihan tali jam juga boleh dipilih antara rose alligator, Milanese mesh, dan juga grey calf. Harga untuk setiap satu jam ini bermula dari RM9,200 sehingga RM29,900.

 

Bell & Ross memilih nama “Novarosa” kerana makna yang tersemat disebalik gabungan perkataan ini. Nova menerangkan fenomena alam semesta supernova di mana tatkala jangka hayat bintang sampai ke penghujungnya, ia melepaskan segalanya dengan satu letupan yang besar dihiasi rona-rona warna ibarat aurora.

 


Manakala “rosa” pula merupakan perkataan untuk rona warna lembut yang melambangkan sifat feminin wanita. Rosa juga melambangkan cinta, kesucian, dan ketulusan. Ini juga boleh dilihat melalui penampilan setiap jam tangan dalam koleksi.

 

 

Setiap satu jam tangan BR S Novarosa ini menjaminkan keselesaan untuk pemakaian setiap hari dan pada masa yang sama membangkitkan rasa kemewahan dan glam.

 

Lihat contoh model yang digayakan oleh blogger gaya hidup dari Sepanyol Lara Martín Gilarranz:

 

@Bymyheels

Your email address will not be published. Required fields are marked *