Debut Himpunan Haute Horologi Kreasi Gucci
Lupakan barisan jam tangan fesyen, melintangi satu abad Gucci mempersembahkan debut himpunan Haute Horologi. Hampir 33 model terbaru diperkenalkan yang mana berlindung di bawah empat koleksi prima menjunjung seni ketukangan arloji tertinggi.
Tahun 2021 merupakan tahun yang signifikan buat rumah fesyen asal Itali ini. Dalam merangka perencanaan usianya yang keseratus; Gucci merayakan eksistensinya selama 100 tahun dengan merilis himpunan haute horologi sulungnya dengan rangkaian jam tangan kontemporari hasil rekaan oleh Pengarah Kreatifnya, Alessandro Michele.
Balik kepada tahun 1972, Gucci adalah antara jenama fesyen utama yang mendakap juga menghargai masa sebagai pernyataan gayanya. Demikian sehingga ke hari ini, rumah fesyen Gucci adalah pengeluar jam tangan fesyen terbesar di dunia. Bersempena usianya yang ke-100 tahun, Gucci mempersembahkan 33 model terbaru yang berlindung di bawah empat koleksi prima yang diperkemas dalam pelbagai aksen atau gaya.
Setiap rekaan ini menterjemahkan kreativiti, mutu ketukangan serta kemahiran teknikal yang memeluk ciptaannya sejak rumah fesyen mewah ini ditubuhkan oleh Guccio Gucci pada tahun 1921. Barisan GUCCI 25H, G-Timeless, Grip dan arloji ilham jauharinya, mengintegrasikan inspirasi dari elemen warisan berbalas legasi kraf tangan Gucci. Termasuk flora dan fauna, talisman dan logo Interlocking G nan ikonik lagi simbolik.
Sejarah pembuatan jam tangan kreasi Gucci berusul pada tahun 1972. Bukan hanya merupakan rumah fesyen mewah pertama yang mengangkat jam tangan sebagai item statement. Sekali gus, setiap produksinya mementingkan tahap kualiti tertinggi. Maka, kesemua jam tangan Gucci adalah hasil buatan Swiss lalu diproduksi di seluruh wilayah pembuatan jam tangan Switzerland yang terkenal.
Dari La Chaux-de-Fonds, di mana menjadi lokasi kawalan kualiti serta pemasangan dan pengaturan berlian. Sementara itu, perincian laman dailnya digarap di fasiliti Gucci Fabbrica Quadranti di Canton of Ticino. Yakni, sebuah perusahaan pembuat dail jam tangan yang menggunakan kaedah teknologi terkini seiring dengan hasil kerja tangan yang menawan. Teknik seni ketukangan hiasan khas juga dilakukan di Fabbrica Quadranti dan Neuchâtel merangkap pusat serta rumah arloji Gucci.
Pautan berkaitan: Apresiasi Masa Hublot Classic Fusion