Breitling Lady Premier 2025: Jam Tangan Mencipta keyakinan

Tampil Yakin Dengan Jam Tangan Breitling Lady Premier

Koleksi Breitling Lady Premier 2025 menggabungkan siluet sculptural, warna berombré dan berlian untuk wanita penuh keyakinan.

Breitling melancarkan koleksi Lady Premier yang memukau. Sebuah interpretasi semula model Premier Fantaisies tahun 1940-an buat wanita kontemporari. Koleksi jam tangan mewah ini menampilkan siluet sculptural, warna berombré yang mempesonakan, dan berlian bertaburan dalam keanggunan yang penuh karakter.

Jauh sebelum lelaki meninggalkan jam poket mereka, wanita sudah menerima jam tangan pergelangan. Lalu, pengaruh mereka terus membentuk Breitling sehingga kini. Pada tahun 1940-an, memperkenalkan barisan Premier yang mengangkat kronograf daripada sekadar alat ketepatan kepada ekspresi gaya. Isterinya yang bergaya, Beatrice, kemudiannya menjadi muse dan kuasa kreatif disebalik jenama ini.

Beatrice Breitling

“Lady Premier adalah tafsiran baharu jam elegan yang menampilkan keyakinan diri, feminin, dan penuh personaliti. Seperti wanita yang memakainya,” ujar Georges Kern, Ketua Pegawai Eksekutif Breitling.

Breitling Lady Premier

Lady Premier Automatic 36mm hadir dalam keluli tahan karat dengan pilihan warna dial yang kaya seperti Aubergine, Sage, Dove Grey dan versi emas 18k dengan Chocolate. Setiap model dipasangkan dengan tali kulit buaya berombré gradien yang memukau. Ia dikuasakan oleh Breitling Caliber 10 yang diperakui COSC dengan rizab kuasa 42 jam.

See also
Breitling Perkenal Chronomat 28, Jam Tangan Ramping & Padat

Lady Premier SuperQuartz™ 32mm menampilkan dial mother-of-pearl, Ink Blue, dan Midnight Black yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Model ini dilengkapi gelang Chevron tujuh-baris dengan corak V-shaped yang feminin. Pergerakan Caliber 77 SuperQuartz™ yang diperakui COSC menjamin ketepatan tanpa cela dengan hayat bateri 3-4 tahun.

Berlian bertaburan dari lug ke bezel dalam kelengkungan organik yang menawan. Dial menampilkan dua gaya kemasan yakni satin-soleil di tengah dan berus bulat di sekeliling indeks lalu mencipta permukaan yang bercahaya dan berubah-ubah. Nombor minimalis, jarum lozenge, dan mahkota sculptural melengkapkan reka bentuk yang bak perhiasan. Sebagai sebahagian daripada misi Breitling untuk berbuat lebih baik, koleksi ini dihasilkan dengan emas yang bersumber secara bertanggungjawab dan berlian lab-grown yang boleh dikesan.

Breitling Lady Premier

Kempen Lady Premier dibintangi oleh model Meghan Roche dan Shahed Elnakhlawy, serta pemain luncur air Mason Barnes. Ia merakam wanita Lady Premier dalam segala citra dan gayanya yang yakin juga menawan.

Artikel Berkaitan: Breitling Perkenal Chronomat 28, Jam Tangan Ramping & Padat

See also
Murni Di Majlis Perkahwinan

Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandungan dinamik yang mengangkat nadi gaya aspirasi sekarang. Visinya nan elegan dan progresif terus mendefinisikan wajah baharu generasi semasa.