5 Jam Tangan Merah Jambu Terbaik
Lima Jam Tangan Merah Jambu Terbaik

5 Jam Tangan Merah Jambu Terbaik

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Zenith Chronomaster Original Pink

Model Chronomaster Original Pink dalam rona merah jambu hadir direka dalam casing keluli bersaiz 38mm. Saling tak tumpah dari model A386, namun perincian eksklusifnya dilayangkan dengan laman dail merah jambu metalik bersama tali gelang keluli. Dikuasakan oleh pergerakan kronograf frekuensi tinggi automatik El Primero 3600 dengan paparan fitur pecahan 1/10 saat serta rizab kuasa selama 60 jam. Model ini meraikan Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan hasil jualan disalurkan kepada tabung amal Susan G. Komen. 

Oris Divers Sixty-Five Pink

Lima Jam Tangan Merah Jambu Terbaik

Oris tampil membentangkan sesuatu yang lebih bertenaga dengan penampilan trio “Cotton Candy” yang terdiri daripada model 38mm Divers Sixty-Five Bronze. Jam tangan menyelam yang diperbuat dari gangsa ini juga disempurnakan dengan tali gelang gangsa yang sepadan. Apabila ia dipadankan dengan dail rona merah jambu bak gula-gula kapas ini, idea disebalik susuk rekaannya yang kalis air sehingga 100m ini jelas membiaskan energi yang menyeronokkan.

See also
Pemilihan Fabrik Cadar Penting Untuk Tidur Yang Sempurna

Pautan berkaitan: Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022™