5 Jam Tangan Merah Jambu Terbaik
Lima Jam Tangan Merah Jambu Terbaik

5 Jam Tangan Merah Jambu Terbaik

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Terbias di mana jua, nuansa merah jambu menjadi rona superior tahun ini. Membiaskan kesan feminin namun masih terlihat tegas, spektrum ronanya kini tampil pelbagai. GLAM memaparkan Lima Jam Tangan Merah Jambu Terbaik.

pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM foto ROLEX, FRANCK MULLER, ORIS, RICHARD MILLE & ZENITH

Dari yang tertebar lembut, beralih terpekik hangat. Lapangan horologi turut tidak ketinggalan mengolahkan model terkini berpercikan THE POWER OF PINK lantas mencungkil keunikan karakter pemakainya. Ayuh, lihat kompilasi jam tangan merah jambu ini lebih dekat lagi!

Rolex Oyster Perpetual Lady-Datejust

Model baharu Oyster Perpetual Lady-Datejust hadir dalam kemasan material emas putih 18 karat. Tampil dalam konstruksi casing Oyster bersaiz 28mm; arloji bernada feminin klasik Rolex ini disempurnakan dengan bezel bertatah 44 butir berlian potongan brilliant. Laman dailnya pula hadir berlapiskan opal merah jambu lalu ditenagai nadi automatik kaliber 2236 generasi baharu. Jam ini disempurnakan bertali gelang dengan gaya President laksana Rolex.

See also
Koleksi H&M Malaysia Edisi Terhad bersama Daiyan Trisha