Dinding adalah salah satu ruang yang terpenting buat kediaman. Jangan mengabaikan dekorasi pada dinding kerana ia mampu memberi kesan besar buat ruang anda. GLAM Deko kongsikan beberapa trik yang boleh dicuba.
Use your ← → (arrow) keys to browse
5. Wood Paneling & Wainscoting
Cedok inspirasi gaya Eropah Perancis untuk perincian dinding kayu. Perincian boleh dilakukan memenuhi dinding atau separuh yang digelar kemasan wainscoting. Bersifat tetap (permanent), wood paneling dan wainscoting tidak memerlukan penjagaan rapi. Kemasan ini boleh diperluaskan sehingga ke ruang susur anak tangga.