Trend - Sistem Pintar Anthracite Häfele - Glam Malaysia

Trend – Sistem Pintar Anthracite Häfele

Berpaksikan kebolehan, warna, paten dan tekstur semulajadi antrasit atau lava, Häfele memperkenalkan teknologi storan pintar Anthracite. Menumpukan pada kehidupan pelan terbuka dan sistematik, sistem storan Anthracite meneroka reka bentuk linear moden.

 

Sistem storan bertangga Convoy Lavido, Häfele

 

KEGUNAAN OPTIMUM

 

Unit storan bertangga dibina secara tersembunyi didalam kabinet berpintu. Reka bentuk storan berpara ini memberikan lebih ruang. Unit storan bertangga memberikan kaedah pembukaan rak yang menepati apa jua ketinggian tubuh. Setiap label barangan dalam storan dapat ditelah dan dicapai dengan mudah. Sistem unit storan bertangga juga membolehkan penghuni mengawal jumlah stok pantri dengan lebih sistematik dan mudah.

 

 

 

Sistem storan Lemans II, Häfele

 

KEPELBAGAIAN FUNGSI

 

Sistem storan dan rak Anthracite juga boleh dipasang dalam bentuk Tandem Pantry yakni rak pantri berkembar untuk lebih unit penyimpanan. Rak tambahan dipasang melekap terus pada daun pintu. Manakala, sistem storan dan rak Lemans II, berfungsi ideal pada binaan daun pintu kabinet berketinggian 600 hingga 750 mm; sesuai untuk simpanan bahan pencuci.

See also
Tiada Siapa Mahukan Justin Bieber di Beverly Hills

 

Unit Storan iMove Wall

 

Rekaan  unit storan iMove Wall untuk kegunaan tambahan dalam kabinet dibahagian atas. Rak berfungsi praktikal menerusi binaan dua rak berpara.

 

AKSESORI TAMBAHAN

 

Reka bentuk Linero Mosaiq, kemasan dinding aluminium memberikan lebih ruang sistematik dan praktikal untuk aksesori tambahan seperti kertas tisu, bekas sudu garfu, rak pisau dan pasu-pasu kecil untuk tanaman herba organik penghuni.

 

Selain sistem penstoran, binaan kabinet, anda boleh mendapatkan rekaan menarik perabot, kemasan dan aksesori untuk dapur, pantri dan wardrobe di Häfele.