Kipas sememangnya antara kelengkapan elektrik asas untuk kediaman. Ditambah dengan keadaaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini, penggunaan kipas yang mudah diselaraskan boleh memudahkan kehidupan seharian. Pelbagai jenama membawakan rangkaian produk kipas namun setiap darinya mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri. Terkini seleksi jenama KDK mungkin solusi terbaik untuk kediaman anda. Kipas siling Kaze terdiri daripada dua variasi berbeza yang menampilkan penggunaan teknologiĀ 1/f Yuragi yang menghasilkan udara bagaikan hembusan angin semulajadi.
Idea bijak turut diterapkan pada rangkaian ini dengan penggunaan Direct Current (DC) yang memberikan penjimatan dari segi penggunaan tenaga elektrik. Lebih menarik lagi, ia turut disertakan dengan sembilan kelajuan, mod tidur di antara dua hingga lapan jam serta penentu masa di antara satu hingga lapan jam. Penggunaan lebih mudah dengan alat kawalan juga skrin LCD yang dibina pada alat kawalan ini.
Oleh kerana gaya rekaan kediaman yang pelbagai masa kini, ia hadir dengan dua aras berbeza yakni badan paip yang panjang (K15YX-RBR) yang bersesuaian untuk kediaman yang mempunyai siling lebih tinggi. Manakala untuk kediaman yang mempunyai siling aras standard, anda boleh memilih seleksiĀ K15YX-QBR. Rekaan kipas siling bergaya moden namun dalam padanan rona klasik ini mudah di suai padan selain mempunyai dimensi yang sama.