Trend - Santuari Kamar Mandi Bergaya Hotel - Page 4 of 6 - Glam Malaysia

Trend – Santuari Kamar Mandi Bergaya Hotel

 

 

Penampilan kamar mandi hotel bergaya klasik – merupakan sebahagian daripada pengalaman menginap di hotel bertaraf lima bintang, setanding dengan terjemahan nikmat kelembutan kemasan cadar, disempurnakan dengan reka bentuk katil yang yang paling selesa. Tenang, cantik, praktikal, dan mewah dengan reka bentuk, kamar peribadi ala-hotel adalah dambaan semua. Di sinilah tetamu berehat pada penghujung hari, memanjakan diri dengan mandian buih di dalam tab yang pastinya menenangkan.

 

Inilah caranya untuk mencipta pengalaman serupa di rumah!

 

Slide untuk lihat gambar. 

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pancuran air VITAE

Melabur Bahan Kualiti

 

Tidak dinafikan bahawa kualiti adalah kunci dalam membina kamar peribadi ala-hotel yang sempurna di rumah. Untuk tujuan ini, anda akan mahu melabur dalam kelengkapan hotel yang berkualiti; bukan sahaja seleksi kemasan bergilap, malah tahan lebih lama dan lebih selamat digunakan.

 

Perkara yang sama juga berlaku untuk semua teknologi dan peralatan yang menempati kamar peribadi anda! Dari seleksi pemanas air sehinggalah alunan muzik pilihan, pastikan ia dilengkapi dengan ciri keselamatan yang maksimum, dan paling penting menepati gaya dan ambien keseluruhan ruang kamar peribadi ini.