Trend - Santuari Kamar Mandi Bergaya Hotel - Page 2 of 6 - Glam Malaysia

Trend – Santuari Kamar Mandi Bergaya Hotel

 

 

Penampilan kamar mandi hotel bergaya klasik – merupakan sebahagian daripada pengalaman menginap di hotel bertaraf lima bintang, setanding dengan terjemahan nikmat kelembutan kemasan cadar, disempurnakan dengan reka bentuk katil yang yang paling selesa. Tenang, cantik, praktikal, dan mewah dengan reka bentuk, kamar peribadi ala-hotel adalah dambaan semua. Di sinilah tetamu berehat pada penghujung hari, memanjakan diri dengan mandian buih di dalam tab yang pastinya menenangkan.

 

Inilah caranya untuk mencipta pengalaman serupa di rumah!

 

Slide untuk lihat gambar. 

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Terapikan Elemen Hijau 

 

Hijau kini ibarat satu trend, dan sangat tepat dihadirkan di kamar peribadi. Bina rak dinding, atau tempatkan di sekitar permukaan sinki. Untuk merasai suasana estetika alam yang sebenar, hadirkan tumbuhan hijau di sekeliling tab mandi untuk mencipta rasa tenang saat berehat pada penghujung hari yang panjang.

 

Antara spesis tumbuhan yang sesuai menempati kamar peribadi, antaranya aloe vera, orkid, pothos, succulent, buluh, ivy, dan philodendron. Pilih tumbuhan ini mengikut nilai estetika peribadi anda; buluh akan berfungsi hebat dengan kamar mandi berkonsep onsen-style yang tenang.