Trend - Persiapan Menjelang Raya KARE - Page 3 of 3 - Glam Malaysia

Trend – Persiapan Menjelang Raya KARE

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kemasan Fun & Playful – Pop Moden

 

Banglo era 60-an bergaya kiub menjadi rujukan terjemahan gaya ini dengan permukaan lantai ke siling tetingkap dan reka pelan ruang terbuka. KARE tidakk gentar bereksperimen variasi reka bentuk bergaya 1960-an hingga 1980-an bertemu percikan warna pop hangat membentuk gaya canggih dan tidak konvensional.

 

 

Rekaan rak menjadi ruang galeri di kediaman memperlihatkan aksesori dekor menarik refleksi kehidupan kosmopolitan dan eksentrik artisan Andy Warhol dan kumpulan Memphis. Pasu figura objek Gangster Rabbit rekaan pasangan artisan terkemuka, Gillie dan Marc. Hamparan permaidani bercorak abstrak dalam curahan warna trendy, dipadankan bersama kerusi berlengan swivel bersekali tempat rehat kaki. Kabinet berlaci dan meja konsol diperbuat dari kayu oak kekal klasik moden dalam teras reka bentuk seiring fungsi.

 

Manakala rekaan sofa, kerusi berlengan dan kerusi berbentuk organik bulat dibaluti fabrik mewah baldu oren atau simetri lurus kerusi berlengan berwarna ungu mendalam.

See also
Datin X: Status Suami Isteri Dalam Open Relationship

 

 

Barisan koleksi fotografik hitam dan putih berformat besar, meja tepi material metal hitam dilapisi lakuer besi menyempurnakan keseluruhan look dengan kontras grafik.

 

Kunjungi dan lihat sendiri rekaan unik KARE di pusat beli-belah Great Eastern Mall, 1 Utama dan Johor Premium
Outlets.