Trend - Perabot Multifungsi - Page 2 of 4 - Glam Malaysia

Trend – Perabot Multifungsi

Gaya hidup praktikal mementingkan rekaan perabot yang multifungsi, dibentuk untuk keselesaan maksimum selain hadir melengkapi ruang, mencipta pesona gaya kediaman. Menurut sejarah, sekitar tahun 1850, orang Perancis memperkenalkan katil berkembar yang boleh berfungsi sebagai kerusi, katil dan chaise longue. Rekaan kerusi ini lengkap dengan bahagian penyandar empuk yang mudah alih dan diperbuat daripada bingkai keluli. Pada akhir 1800-an, pelbagai reka bentuk baru kerusi ditemui yang diperbuat daripada kayu dengan kerusi empuk pada bahagian belakang atau penyandar. Kerusi baring pertama dilaporkan dimiliki oleh Napoleon III. Knabush dan Shoemaker dari Amerika, antara yang terawal memiliki kerusi jenis ini. Pada tahun 1930, Knabush dan Shoemaker telah memodenkan model kerangka dengan mencipta pergerakan mekanikal pada rekaan kerusi.

Slide untuk lihat gambar. 

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sofa King Cloud III dari King Living direka sempurna dengan konfigurasi tanpa had seiring gaya hidup moden. 

Ukuran Mengikut Saiz Badan

Sekiranya anda merancang untuk membeli secara dalam talian, pastikan ukuran saiz badan terlebih dahulu. Jika tidak, anda perlu mencuba dan menguji keselesaan recliner di ruang pamer perabot yang dikunjungi. Ambil ukuran badan dengan langkah-langkah berikut; pertama – menggunakan ukuran pita pengukur dan tuliskan jarak dari belakang lutut hingga ke tumit, diikuti dengan ukuran berasingan jarak dari hujung tulang belakang hingga ke belakang lutut. Kedua, ukur lengan dari siku ke ujung telapak tangan, hingga ke hujung jari. Akhir sekali, ukur lebar badan dari pinggul kanan ke pinggul kiri.