Tip Memilih Langsir Sempurna

Tip Memilih Langsir Sempurna

Curtain
 
10 perkara yang perlu dipertimbangkan saat memilih langsir.
 
Bajet
Merupakan perkara paling utama kerana ia menentukan pilihan yang bersesuaian mengikut kadar yang telah anda tetapkan.
 
Ketinggian dan saiz tingkap
Ramai yang tidak memandang berat ketika membuat keputusan untuk membeli langsir lantas berpendapat bahawa ia hadir dalam saiz standard atau hanya meminta pendapat jurujual yang ada. Ketidak sediaan anda memungkinkan anda pulang dengan langsir yang senteng.
 
Stail
Hari ini stail tidak hanya terhad pada tema dekorasi, ia juga menjurus kepada paten yang diaplikasi pada langsir itu sendiri. Tentukan ciri-ciri penting lain seperti adakah ia untuk ruang kamar yang memerlukan privasi atau ruang yang terdapat kanak-kanak. Semuanya berbeza keperluan.
 
Fabrik
Jenis fabrik yang bersesuaian adalah lebih baik ditentukan lebih awal kerana anda akan rambang mata saat melihat pilihan yang tersedia di ruang pamer.
 
Cara penjagaan
Secara dasarnya terdapat dua cara penjagaan yakni cucian kering atau boleh dibasuh mesin. Ramai yang memilih basuhan mesin kerana tidak perlu kos yang tinggi untuk penjagaan tidak kurang juga yang memilih fabrik yang hanya boleh cucian kering kerana mahu efek mewah terhasil.
 
Rod
Sememangnya ia bukanlah perkara utama tatkala memilih langsir tetapi jika anda melakukan perancangan teliti hasilnya akan tampil lebih sempurna. Pilih rod yang berwarna neutral untuk mudah disuai padan. Pastikan saiz lubang pada langsir padan jika anda menggunakan teknik eyelet pada langsir.
 
Pengikat langsir
Jika anda bercadang untuk membiarkan langsir anda terikat rapi di penjuru, pastikan anda memilih pengikatnya sekali saat anda membeli fabrik langsir. Ia untuk memastikan padanan yang dibuat lebih tepat.
 
Day and night curtain
Tentukan sama ada anda akan menggunakan kedua-duanya atau satu sahaja pada ruang tersebut. Ini bergantung kepada fungsi dan saiz ruang.
 
Bilangan panel
Sama ada untuk pintu kaca atau tingkap, tentukan unit panel sedia ada agar ukuran anda lebih tepat. Ini juga untuk memastikan ia mencapai kesan sepenuhnya seperti yang anda kehendaki.
 
Warna dan paten
Tetapkan satu skema warna atau paten tatkala mahu keluar memilih langsir. Ambil gambar sofa sedia ada atau warna dinding untuk mengelakkan anda keliru.
 
 

See also
Helah Kontur Wajah