Panduan Membina Pantri Dapur Sistematik - Glam Malaysia

Panduan Membina Pantri Dapur Sistematik

Pantri dapur adalah salah satu sistem organisasi yang memastikan peralatan, aksesori dan bahan kering memasak tersimpan rapi, memudahkan capaian dalam masa sama harus bergaya. GLAM Deko senaraikan 5 perkara perlu tahu untuk membina pantri praktikal dan sistematik untuk semua jenis kediaman.

 

PANTOS CHEF by Antonia Astori

Gambar : Pantos Chef by Antonia Astori

Material keluli tahan karat paling sesuai digunakan untuk kegunaan pantri dapur kering atau basah.

 

KONSEP – Fahami struktur sebenar pantri yang perlu dibina menyerupai walk-in closet. Dilindungi sayap pintu dan memiliki beberapa rekaan rak untuk organisasi barang-barang.

 

REKAAN RAK Anda boleh memilih jenis rak berpandukan gerak kerja dapur dan citarasa peribadi. Samaada rak berpara, gelangsar, pull – out, laci, bakul, atau multifungsi. Pastikan rak dibina daripada bahan keluli tahan karat dan teguh.

 

Arclinea Lader

Gambar : Arclinea Lader

Rekaan rak terbuka memudahkan capaian dan pencarian bahan ketika berada di dapur.

 

KEKAL SEGAR –  Pindahkan bekalan bahan kering; tepung, gula, bijirin ke dalam bekas kanister kedap udara. Selain bahan kekal segar dan tahan lebih lama, kanister mempersembahkan wajah pantri lebih bergaya. Pilih kanister lut sinar untuk memudahkan pandangan mata. Letakkan label di setiap bekas.

See also
Top Trend Rekaan Dapur Bagi 2020

 

TRAY TIP – Gunakan dulang kecil untuk menyimpan paket-paket kecil seperti herba, serbuk perencah dan kekacang. Anda hanya perlu tarik dulang untuk melihat barangan yang diperlukan. Aturkan di atas rak tinggi. Jangan lupa melabel.

 

ikea raskog

Gambar : Troli rak Raskog, Ikea

Rak jenis troli sesuai untuk kediaman yang memiliki keluasan ruang terhad; loft, apartment.

 

PANDANGAN MUDAH – Aturkan barang-barang yang kerap digunakan pada bahagian rak paras mata. Gunakan ruang lantai untuk item seperti bekas kitar semula, tong, dan besen. Manakala, rak paling atas untuk barangan membuat kek; mesin pemutar, penimbang, dan dulang kek.