Terapi Aroma Buat Ruang Istimewa - Page 2 of 4 - Glam Malaysia

Terapi Aroma Buat Ruang Istimewa

Tiada yang lebih indah apabila meraikan musim cuti dan keraian akhir tahun dalam apungan semerbak yang diekstrak dari alam semula jadi. Kayu-kayan, rempah-ratus dan bunga-bungaan diramu segar bagi mencipta nota bauan elegan, romantis, misteri dalam masa sama mewah tidak terperi agar dapat berlegar-legar di ruangan istimewa.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Magis Botani

Ekstrak pati kayu Eboni dan bunga Dahlia melatari nota musim cuti edisi khas, L’Erbolario. Kayu wangi Notes of Ebony mengapungkan aroma kayu Eboni yang kuat tetapi malar lembut elegan. Bagi yang berjiwa romantis, semburan diffuser Shades of Dahlia pada kemasan lembut; linen dan sarung bantal di kamar beradu merangsang sanubari.