GLAM Deko Sajian - Tafsiran Menu Iitala - Page 3 of 8 - Glam Malaysia

GLAM Deko Sajian – Tafsiran Menu Iitala

Gabungan Rekaan Produk dan Kulinari

Teks : Shahril Hadi Halim

 

Idea kreatif chef terkemuka, Najib Hamid dari Jibby East mencipta menu yang diinspirasikan dari produk jenama terkenal Iittala. Majlis yang dihadiri rakan media dan beberapa selebriti terkenal seperti Sazzy Falak dan Dynas Mokhtar adalah sebagai acara menandakan bermulanya era buat jenama ini di pasaran Malaysia.

 

Jenama yang bermula dari Finland sekitar abad ke 17 ini menampilkan pertukangan barangan berasaskan kaca untuk kegunaan kediaman.  Rekaan produk yang ditampilkan menyerlahkan gaya estetik yang memukau selain mencipta rasa pada ruang yang dihiasinya. Antara rekaan yang ikonik buat jenama ini adalah Birds by Toikka. Oiva Toikka, seorang pereka barangan berasaskan kaca dari Finland telah menghasilkan sesuatu yang begitu terperinci mengikut ciri-ciri fozikal yang ada pada seekor burung. Hadir dalam 400 rekaan berbeza, ia diperbuat menggunakan tangan dan teknik tiupan.

 

Toikka turut menghasilkan rangkaian lain dibawah jenama Iittala yang dinamakan Kastehelmi yang menampilkan keindahan titisan embun pagi yang dijadikan paten untuk menghiasi pinggan dan mangkuk kaca rekaannya. ia mengangkat konsep membawa elemen luar ke ruang dalam kediaman. Pilihan warna yang ditawarkan turut klasik dan malar segar.

3 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dynas Mokhtar turut bersama-sama memeriahkan majlis makan malam ini.