Strategi Memilih Hartanah Yang Tepat - Glam Malaysia

Strategi Memilih Hartanah Yang Tepat

Setiap dari kita memiliki ciri-ciri tertentu apabila berbicara mengenai hartanah. Nilainya dan pulangan yang tinggi menjadikan setiap elemen perlu pertimbangan yang berat untuk memastikan pilihan yang dibuat adalah tepat untuk jangka masa pendek dan panjang. Sempurnakan hidup anda dengan memiliki hartanah yang sememangnya menjadi aset pelaburan terbaik jika tepat memilih.

Banyak pemaju memilih untuk membangunkan hartanah berkonsep seperti Eco Grandeur yang memberikan ambien seperti kediaman berkonsepkan gaya Inggeris Moden dengan mengangkat tema pepatung sebagai pelan lantai untuk keseluruhan kawasan kejiranan eksklusif ini. 

Tip memilih hartananah yang tepat.

  1. Pilih ejen berdaftar dan boleh dipercayai. Ini penting kerana transaksi anda bernilai tinggi untuk memastikan anda mendapat resit rasmi dengan setiap aliran wang pembayaran. Anda boleh memilih sama ada menggunakan ejen yang bergerak secara sendirian mahupun yang bekerja di bawah syarikat atau agensi. Namun periksa dahulu lesen dan kredibiliti individu juga agensinya.
  2. Pilih kediaman yang memenuhi gaya hidup anda untuk jangka panjang. Ini kerana kos semakin meningkat dan jika anda merancang untuk memiliki keluarga yang besar, adalah lebih bijak untuk anda membeli kediaman atas tanah berbanding strata yang praktikal untuk hidup berkeluarga.
  3. Pilih lokasi yang praktikal untuk kehidupan anda seperti kelengkapan asas, pengangkutan awam,dan jarak yang sesuai untuk berulang alik ke tempat kerja. Hari ini kebanyakan pembangunan dilengkapi infrastruktur lain seperti hospital dan sekolah untuk memudahkan penghuninya.
  4. Jangan terlalu gelojoh apabila membeli kediaman kerana ia merupakan komitmen yang tinggi. Pastikan anda benar-benar suka dan serasi dengan pilihan yang dibuat kerana tidak kurang juga yang menyesal membeli seperti projek itu kerana tawaran namun tidak gembira menempatinya. Jika anda belum betul-betul bersedia mungkin menyewa pilihan sementara yang terbaik.
See also
Sejenak - Ilham Peribadi Quirky