#StayHomeWithGD: Resipi Sajian Makaroni Keju Klasik - Glam Malaysia

#StayHomeWithGD: Resipi Sajian Makaroni Keju Klasik

Buat mereka yang bujang, pasti tercari-cari menu mudah untuk juadah berbuka puasa. Masakan berkonsepkan satu periuk (one-pot meal) bermula dari masakan jenis sup, stew, kacau goreng dilihat sebagai satu pilihan masakan rumah yang mudah disediakan, enak dinikmati dan tentunya sihat dengan segala jenis protein, karbo dan zat diperlukan tubuh.

Pasta antara hidangan yang boleh dimasak dalam satu periuk lengkap pelbagai nutrisi malah telah dibuktikan sebagai alternatif karbo terbaik bagi yang berdiet. Anda boleh cuba resipi mudah ini dan tidak perlu menumis. Mereka yang bekeluarga juga boleh mencuba resipi Makaroni Keju Klasik untuk dimakan bersama yang tersayang.

 

 

Makaroni Keju Klasik

Bahan – bahan

200 gm pasta elbow

1 cawan susu penuh krim

0.5 cawan stok ayam

100 gm krim masam

3 biji bawang putih dihiris nipis

1 sudu besar English mustard

125 gm keju mozzarella

100 gm keju cheddar

40 gm keju parmesan

2 sudu besar minyak zaitun

See also
Persinggahan Baton Nan Ikonik

Garam dan lada hitam secukup rasa

Daun kucai

Cara menyediakan

  1. Masukkan pasta, susu, stok ayam, krim masam, bawang putih, mustard dan minyak zaitun ke dalam periuk. Biarkan mendidih seketika.
  2. Kacau pasta agar tidak melekat dan susu hangus di bahagian bawah.
  3. Perlahankan api, masak sehingga pasta lembut al dente.
  4. Ketepikan dari api. Masukkan semua jenis keju ke dalam pasta.
  5. Perasakan garam dan lada hitam secukup rasa.
  6. Taburkan daun kucai untuk menghidang.