Sejenak - Ilham Peribadi Quirky - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

Sejenak – Ilham Peribadi Quirky

Ilham dekorasi yang pelbagai memberikan impak berbeza mengikut kesesuaian ruang. Pilih perabot yang mampu menterjemahkan persona gaya berbeza untuk sentuhan peribadi.

Pelaburan mendapatkan perabot yang malar segar dan praktikal merentasi pelbagai gaya adalah salah satu perkara yang patut anda pertimbangkan. Ini kerana dari masa ke semasa pastinya kita mahukan suntikan baru atau merubah wajah ruang secara keseluruhan dengan gaya yang lebih terkini.

Tip dekorasi quirky.

  • Antara cara menyuntik rasa quirky adalah menerusi penggunaan warna. Pancaran warna terang yang menjadi kegemaran antara pilihan yang popular. Tebaran warna ini tidak terhad hanya kepada simbahan cat di dinding. Anda turut boleh bermain dengan pilihan fabrik dan perabot dalam rona terang.
  • Paten dan cetakan juga merupakan idea yang boleh anda cuba jika mahu menyerlahkan personaliti tersendiri pada ruang-ruang tertentu. Kertas dinding dan fabrik kemasan lembut dalam aneka corak dan perincian sama ada mewah mahupun minimal menjadi gaya pilihan terbaik.
  • Rekaan unik ataupun novelty pieces adalah titik fokal terbaik buat gaya sebegini. Tidak hanya unik, ia sering menjadi topik perbualan buat tetamu yang berkunjung. Lantas pilihan sebegini tidak hanya memperindahkan ruang, ia turut membawakan fungsi spesifik seperti tempat duduk atau ruang simpanan.
  • Bina satu ruang khusus yang membawakan rasa quirky seperti ruang kerja atau bengkel seni di kediaman anda. Biarpun gaya rekaan yang tersendiri, anda tidak semestinya perlu membawa tetamu sehingga ke ruang ini menjadikan ia selesa hanya pada pandangan mata.
4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kusyen Issoria Zinc Designer Guild, Janine.

TEKS : SHAHRIL HADI HALIM