#StayHomeWithGD: Resipi Donut Bersama Inti Krim Beri - Glam Malaysia

#StayHomeWithGD: Resipi Donut Bersama Inti Krim Beri

Hujung minggu bakal tiba, waktu terbaik dimanfaatkan bersama yang tersayang sambil mencari resipi pencuci mulut untuk hidangan berbuka bersama keluarga. Anda boleh cuba resipi donut gebu daripada selebriti chef, Ili Sulaiman untuk dinikmati ketika berbuka puasa.

Donut bersama Inti Krim Beri

 Bahan-bahan

2 ½ sudu kecil yis kering aktif
¼ cawan gula
¾ susu suam
2 biji telur
1 sudu besar kulit lemon diparut
½ sudu kecil ekstrak badam
2 sudu besar mentega dilembutkan
2 ⅓ cawan tepung serbaguna
¼ sudu kecil garam
Minyak sayuran untuk menggoreng
½ hingga ⅔ cawan jem perisa pilihan
1 ½ cawan krim putar
100 gm coklat putih

Cara menyediakan

  1. Di dalam mangkuk besar, masukkan yis, gula dan susu. Gaul sehingga sebati. Biarkan adunan selama 5 minit. Adunan akan kelihatan berbuih sedikit.
  2. Pukul telur, kulit lemon, ekstrak badam dan mentega sehingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan separuh tepung dan kacau menggunakan sudu sehingga adunan sebati. Masukkan lagi separuh tepung bersama garam dan kacau doh lagi selama 5 minit atau sehingga doh menjadi lembut gebu.
  4.  Keluarkan doh donut dari mangkuk. Masukkan sedikit minyak ke dalam mangkuk tadi. Masukkan semula doh donut ke dalam mangkuk. Tutup mangkuk menggunakan plastik dan biarkan doh rehat dalam suhu bilik selama 1 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
  5. Leperkan doh sehingga 1 sm ketebalan dan potong berbentuk bulat. Goreng donut menggunakan minyak sayuran sehingga keperangan. Biarkan donut sejuk seketika.
  6. Inti – pukul krim putar sehingga gebu dan masukkan jem raspberi. Masukkan adunan krim beri ke dalam beg piping. Masukkan krim beri ke dalam donut.
  7. Cairkan coklat putih. Campurkan sedikit susu. Salut donut bersama coklat putih tadi.
See also
Horologi GLAM: Age of Opulence