Lifestyle Guru: Linda Uzir - Glam Malaysia

Lifestyle Guru: Linda Uzir

linda-uzir

Sumber inspirasi?
Semua wanita yang berjaya di dalam bidang yang diceburi adalah inspirasi terbesar saya! Paling utama pastinya ibu, membesar bersamanya sewaktu melakukan kerja-kerja hiasan dalaman dan melihat destinasi yang indah. Dan buku hiasan dalaman serta majalah The world of Interiors adalah diantaranya.

 

Elemen signatur?
Chinoiserie Chic dengan sentuhan moden klasik.

 

Kunci lively luxury?
Less is more! Saya gemar bermain dengan penataan perantaraan yakni tidak terlalu mewah atau bersepah. Setiap sudut mempunyai ceritera, signatur dan fungsi tertentu yang membiaskan anda. That is liveable luxury!

 

Ramalan trend?
Semestinya Mid century! Pelbagai ilham dapat dicedok daripada era ini.

 

Kualiti kala suai padan perabot dan aksesori?
Kualiti penataan adalah kebimbangan terbesar saya. Menggabungkan elemen dari era yang berbeza bisa mencetuskan sentuhan yang timeless. Saya juga gemar bermain dengan fabrik, warna dan amat teliti mengenai pemilihannya.