Santai - Serikan Keraian Dengan Kek & Manisan Eat Cake Today - Glam Malaysia

Santai – Serikan Keraian Dengan Kek & Manisan Eat Cake Today

Tidak lengkap keraian atau fiesta tanpa kehadiran manisan. Sempena keraian Tahun Baru Cina dan Hari Valentine, Eat Cake Today melancarkan rangkaian kek, biskut, kek cawan dan kek popsicles (kek berbentuk aiskrim batang).

 

Heart Monogram Tart with Flowers by ECT – M Cake Boutique

 

Penggemar kek dan manisan boleh mendapatkan tawaran istimewa Tahun Baru Cina; Ah Ma Basket Cookies daripada September Bakes, Biskut Halal Citarasa Tempatan Kegemaran Ramai daripada PappaRich, set properity Cupcakes & Piggy Cookies Bundle daripada B’Sweetbites dan CNY Jelly Bites & Fortune Cat Jelly Cake daripada QJelly.

 

Macaroon with Flowers by ECT – M Cake Boutique

 

Bagi yang mahu meraikan cinta, bingkisan Hari Valentine; Makarun dengan bunga-bunga dan Tart Monogram Hati dengan bunga – bunga daripada M Cake Boutique dan Teddy Love Cake daripada B’Sweetbites pasti dapat menambat hati yang tersayang.

 

 

Anda layak mendapatkan diskaun promosi 8% daripada harga produk yang ditawarkan. Setelah selesai membuat pesanan dalam talian, jangan lupa letakkan kod promosi CNY8. Tempoh promosi bermula 13 Januari sehingga 19 Februari 2019.

See also
Palet - Trivia Warna Green Crush

 

Teddy Love Cake by ECT – B’Sweetbites

 

 

Portal kek dalam talian Eat Cake Today bekerjasama dengan lebih 40 pembuat kek, termasuk Baker’s Art, Cat & The Fiddle, Ennoble, Huckleberry, Little Tee Cakes, Tedboy dan banyak lagi. Anda boleh membuat tempahan kek secara dalam talian dan mendapat penghantaran seawal 4 jam selepas pesanan dibuat.