Sajian - Linguini Bawang Putih bersama Lemon dan Udang Pedas - Glam Malaysia

Sajian – Linguini Bawang Putih bersama Lemon dan Udang Pedas

Ramai menyatakan memasak tidaklah susah, tetapi kerja-kerja mengemas dapur adalah paling dibenci ramai wanita. Tell me about it! Masakan berkonsepkan satu periuk (one-pot meal) bermula dari masakan jenis sup, stew, kacau goreng dilihat sebagai satu pilihan masakan rumah yang mudah disediakan, enak dinikmati dan tentunya sihat dengan segala jenis protein, karbo dan zat diperlukan tubuh. Pasta antara hidangan yang boleh dimasak dalam satu periuk lengkap pelbagai nutrisi malah telah dibuktikan sebagai alternatif karbo terbaik bagi yang berdiet. Anda boleh cuba resipi Linguini yang semestinya mudah dan enak.

 

Linguini Bawang Putih bersama Lemon dan Udang Pedas

Bahan – bahan

250 gm linguini

2.5 cawan stok ayam

200 gm udang

5 biji bawang putih dihiris

1 biji tomato kering

1 sudu kecil emping cili

2 sudu besar minyak zaitun

Garam dan lada hitam secukup rasa

1 ikat daun parsli

1 biji jus lemon

Cara menyediakan

  1. Masukkan kesemua bahan kecual daun parsli dan jus lemon ke dalam periuk. Biarkan mendidih seketika.
  2. Kacau pasta agar tidak melekat.
  3. Perlahankan api, masak sehingga pasta lembut al dente dan kuah memekat.
  4. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.
  5. Kemudian, masukkan jus lemon dan kacau rata. Taburkan daun parsli untuk menghidang.
See also
#StayHomeWithGD - Tip Penjagaan Tanaman Dalam Pasu