Sajian - Gabungan Barat Dan Tempatan di Rimba & Rusa - Page 2 of 2 - Glam Malaysia

Sajian – Gabungan Barat Dan Tempatan di Rimba & Rusa

Rimba & Rusa berada di bawah naungan Wondermilk, membawakan pengalaman gastronomi bergaya kasual santai. Kafe dibina berpaksikan material kayu dan besi dikepung kehijauan dedaun semula jadi perlambangan di sebalik nama Rimba. Dominasi warna putih dan biru tiffany menghidupkan unsur budaya pop fantasi. Di Rimba & Rusa, pengunjung dapat merasai hidangan menu moden Barat dan tempatan bermula dari sarapan, makan tengahari dan makan malam yang direnjis gabungan rasa Itali, Mediteranean dan Asia. Menu harus cuba Avocado Feta Toast, Soft Shell Crab Linguine, Rimba Salmon Assam Pedas dan pizza Sweet Potato. Rimba & Rusa beroperasi setiap hari di D-GF-01 Block D, Sunway Nexis.  ilovewondermilk.com

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Salad Avokado dan Mangga

Bahan – bahan

100 gm quinoa

50 gm mangga dipotong dadu

50 gm avokado dipotong dadu

30 gm tomato ceri dipotong separuh

30 gm timun dibuang biji

30 gm kacang pea

20 gm vinaigrette

Garam secukup rasa

Lada hitam secukup rasa

Cara menyediakan

  1. Masukkan kesemua bahan di dalam mangkuk dan gaul sebati.
  2. Masukkan vinaigrette, garam dan lada hitam.
  3. Hiaskan dengan hirisan lobak atau sayuran lain.