Sajian - Gabungan Barat Dan Tempatan di Rimba & Rusa - Glam Malaysia

Sajian – Gabungan Barat Dan Tempatan di Rimba & Rusa

Rimba & Rusa berada di bawah naungan Wondermilk, membawakan pengalaman gastronomi bergaya kasual santai. Kafe dibina berpaksikan material kayu dan besi dikepung kehijauan dedaun semula jadi perlambangan di sebalik nama Rimba. Dominasi warna putih dan biru tiffany menghidupkan unsur budaya pop fantasi. Di Rimba & Rusa, pengunjung dapat merasai hidangan menu moden Barat dan tempatan bermula dari sarapan, makan tengahari dan makan malam yang direnjis gabungan rasa Itali, Mediteranean dan Asia. Menu harus cuba Avocado Feta Toast, Soft Shell Crab Linguine, Rimba Salmon Assam Pedas dan pizza Sweet Potato. Rimba & Rusa beroperasi setiap hari di D-GF-01 Block D, Sunway Nexis.  ilovewondermilk.com

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pasta Udang Telur Masin

Bahan – bahan  

50 gm marjerin

30 gm cili padi

30 gm bawang putih dicincang

30 gm daun kari

50 gm telur masin

90 gm pasta spaghetti

3 ekor udang harimau dipanggang separuh masak

4 oz susu cair

See also
Ketua Pengarang Vogue Arabia Dipecat Hanya Selepas Dua Isu

30 gm keju Parmesan parut

Garam secukup rasa

Cara menyediakan

  1. Tumis marjerin bersama bawang putih, cili padi dan daun kari.
  2. Masukkan susu cair, telur masin dan udang harimau.
  3. Kemudian masukkan pasta dan kacau sehingga sebati.