Ruang - Tip Penting Bina Dapur Kediaman - Page 2 of 7 - Glam Malaysia

Ruang – Tip Penting Bina Dapur Kediaman

Bagi pemilik kediaman moden, dapur menjadi ruang yang semakin penting buat mereka. Walaupun dapur sebelum ini kebanyakannya terhad kepada pemilik yang ingin menyediakan hidangan buat keluarga, ia kini menjadi lebih daripada itu di mana ahli keluarga menghabiskan lebih banyak masa bersama di bahagian ini, menyedia, memasak dan juga membasuh pinggan.

Tambahan pula dengan harga kediaman yang semakin meningkat, pemilik hanya mampu membeli kediaman yang memliki ruang dapur yang lebih kecil. GLAM Deko kongsikan tujuh tip yang perlu dipertimbangkan pemilik kediaman apabila merancang untuk mereka bentuk dapur.

2 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Butiran kecil juga penting dalam pembinaan dapur.

Butiran kecil juga penting kerana ia dapat membantu menambah lagi ruang yang ada pada dapur. Sebagai contoh, pemilik boleh mempertimbangkan untuk memasang cangkuk pada dapur untuk menggantung barang yang mengambil ruang yang besar seperti periuk, kuali atau sarung tangan. Dengan solusi ini, kabinet anda akan mempunyai ruang tambahan untuk menyimpan perkakasan lain. Pastikan juga cangkuk dipasang pada ketinggian yang boleh dicapai.