Ruang - Tip Penting Bina Dapur Kediaman - Glam Malaysia

Ruang – Tip Penting Bina Dapur Kediaman

Bagi pemilik kediaman moden, dapur menjadi ruang yang semakin penting buat mereka. Walaupun dapur sebelum ini kebanyakannya terhad kepada pemilik yang ingin menyediakan hidangan buat keluarga, ia kini menjadi lebih daripada itu di mana ahli keluarga menghabiskan lebih banyak masa bersama di bahagian ini, menyedia, memasak dan juga membasuh pinggan.

Tambahan pula dengan harga kediaman yang semakin meningkat, pemilik hanya mampu membeli kediaman yang memliki ruang dapur yang lebih kecil. GLAM Deko kongsikan tujuh tip yang perlu dipertimbangkan pemilik kediaman apabila merancang untuk mereka bentuk dapur.

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Pastikan terdapat ruang countertop yang mencukupi untuk ia berfungsi sebaiknya.

Ruang sentiasa menjadi perakra utama apabila merancang untuk membina dapur dan perlu dimulakan dengan merancang ruang countertop yang cukup untuk meletakkan peralatan dan perkakasan dapur serta memudahkan anda melakukan tugas memasak, memotong sayur dan sebagainya. Ruang countertop yang mencukupi mampu menjadikan kerja lebih seronok dan memudahkan anda untuk menggunakan perkakasan tanpa sebarang masalah.

See also
Rekaan Hebat - Jukstaposisi Kayu