Ruang - Solusi Sistematik Unit Storan - Glam Malaysia

Ruang – Solusi Sistematik Unit Storan

Percaya atau tidak, semakin besar rumah, semakin banyak ruang storan yang diperlukan. Apa yang perlu adalah make it work dengan apa jua ruang dan reka pelan sedia ada. Hapuskan segala alasan di minda! Inspirasi, idea bernas, bijak mengatur dan guna pakai ruang sepenuhnya adalah kunci kepada penyelesaian permasalahan ruang simpan yang sentiasa tidak pernah cukup. Lihat idea dan tip berguna patut cuba untuk setiap ruang penting di kediaman.

1 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

DAPUR

Satu kesilapan yang sering dilakukan orang kita apabila membina kabinet dapur adalah tidak memenuhi sehingga paras siling. Ruang yang terbuka dibiar kosong berhabuk dan tidak praktikal untuk menyimpan barang apatah lagi sekadar mempamer perhiasan atau aksesori. Bina kabinet dapur sehingga mencecah siling tanpa ruangan kosong, biarpun sedikit mahal tetapi pelaburan ini ternyata berbaloi malah memberi lebih ruang simpanan kabinet.

 

Sumber gambar : Google