Biarpun teknik ini sinonim dengan gaya dekorasi Eropah dan Inggeris, ternyata teknik wainscotting menjadi pilihan untuk memberikan rasa kontemporari pada ruang kediaman.
Use your ← → (arrow) keys to browse
Ruang Tamu
Pilihan paling digemari untuk memperindah ruang menggunakan teknik ini semestinya di ruang tamu. Ini kerana pada sebarang saiz ruang tamu, ada sahaja teknik dan gaya yang boleh anda cuba untuk memperindah ruang ini. Tentukan jika anda mempunyai tujuan tertentu contohnya ilusi ruang lebih luas atau memberi efek siling lebih tinggi. Anda boleh bereksperimen dengan pemilihan warna untuk menaikkan lagi seri wainscotting.