Ruang - Idea Oasis Peribadi Kediaman - Page 3 of 6 - Glam Malaysia

Ruang – Idea Oasis Peribadi Kediaman

Mandian buih, garam, bunga mahupun titisan minyak esen aromaterapi dipercayai mampu merawat jiwa dan tubuh yang rawan. Bagi mendapatkan terapi mandian hebat haruslah bermula dari ruang mandian berambien tenang, praktikal fungsi dengan gaya interior malar segar. Ada beberapa perkara perlu dilihat apabila membina santuari peribadi di kediaman.

3 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

KEHIDUPAN HIJAU

Persekitaran lembap membantu menyuburkan pepohon hijau. Aturkan tanaman dalam pasu-pasu kecil di atas rak terbuka, kaunter sinki dan pojok berhampiran tab mandi. Pilih tumbuhan jenis indoor yang mudah dijaga dan tidak memerlukan penyelenggaran rapi seperti lidah buaya, succulent, Zanzibar, Zygocactus, Peperomia dan orkid Phalaenopsis. Warna kehijauan segar tumbuhan seakan berkuasa menebar semangat positif selain menampakkan visual kamar mandi lebih bersih.

Boleh juga pertimbangkan gantungan bingkai gambar tumbuhan hijau sebagai alternatif.